Kenali Penulis

Hamba ALLAH, Pendaki Mahligai Makrifat, Tentera ALLAH yang menyampaikan peringatan ALLAH dengan hak.

Demi ALLAH yang memegang jiwa ini, segala yang dibicarakan di sini hanya sekadar menurut apa yang diperintahkan oleh ALLAH sahaja.

Saturday, January 30, 2016

Jihad Fisabilillah

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Bangunlah tentera-tentera Maharaja
KepunyaanNya segala singgahsana
Kuatkan keyakinan kalian padaNya
Jangan kalian gentar dipijak dunia

Al-Quran menjadi senjata
Allah, para Malaikat, dan Rasulullah SAW bersama kita
Jihad Fisabilillah jalan utama
Tegakkan kembali KalimahNya

Sudah diserahkan segalanya kepada Pencipta
Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, LillahiRabbil a'lamin
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Dia
Sudah dijaminNya balasan dan perlindungan yang tidak terhingga
Cukup Allah sebagai Pembela

Para pencinta syahid, tentera-tentera Allah, para ulama
Bangkitlah kalian semua
Bersama berjuang dan terus mara
Agar Kalimah Allah kekal terpelihara

Takbir!
Allahu akbar 3x

Fahami Maksud Sebenar Jihad Fisabilillah

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Di sini diri sertakan link yang menerangkan dengan lebih jelas apakah sebenarnya Jihad Fisabilillah. Dalam Islam, jihad tiada kaitan langsung dengan pengganas. Jangan tertipu dengan ISIS kerana sudah jelas yang ISIS bukanlah Islam. Allah melarang keras kezaliman dan keganasan. Baca dan fahami link di bawah agar kalian tidak tersalah erti.

Petikan daripada salah satu link tersebut :

Sahabat berkata kepada Rasulullah (Nabi Muhammad) SAW, “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”
“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”
“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.
“Tidak,” jawab Rasulullah.
“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”
“Bukan.”
“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”
"لتكون كلمة الله هي العليا " “Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”

Maksud Jihad Fisabilillah

Selain memerangi hawa nafsu dan memerangi tipu daya Syaitan seperti kelalaian, salah satu contoh Jihad Fisabilillah adalah memenuhi masjid pada setiap solat fardhu 5 waktu, bukan hanya pada waktu-waktu tertentu. Perlu juga ada satu gerakan yang membetulkan semula akidah pelajar-pelajar sekolah. Percayalah, untuk generasi ini, dengan hanya subjek Pendidikan Agama Islam di sekolah, itu belum cukup untuk menarik semula anak-anak kita yang sudah terlalu jauh terpesong dari ajaran agama Islam yang sebenar. Kukuhkan akar dahulu, kenalkan mereka dengan Allah, Rasul, dan Islam dengan sebenar-benar pengenalan.

Contoh yang lain adalah perjuangan dalam melaksanakan Hukum Hudud yang terang-terangan adalah undang-undang Islam yang terbaik untuk kebaikan sekalian manusia. Namun masih ada di antara kalian yang masih mahu mempertikaikan tanpa usul periksa. 

Orang bukan Islam yang tidak mengenali Allah pun ada yang tertarik dengan Hukum Hudud, Mengapa masih ada orang Islam yang membantah keras pelaksanaan Hukum Hudud? 


Allah mahu kita semua bersatu.
Kemenangan tidak akan dicapai jika kalian masih berbeza-beza hala tuju.
Matlamat Jihad Fisabilillah hanyalah satu.
Jangan sesekali kalian keliru.

Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal soleh) serta bertaqwalah kamu kepadaNya, dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna, dan janganlah kamu tergolong dalam mana-mana golongan orang musyrik.
(Quran ; Surah Ar-Rum : ayat 31)

Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak, tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya.
(Quran ; Surah Ar-Rum : ayat 32)

Allah Perintahkan Jihad Fisabilillah Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Apa sudah jadi dengan Malaysia? Jalan hidup yang bagaimanakah sebenarnya yang kalian inginkan? Jauh sekali kalian dengan Allah sehingga kalian sudah tidak tahu membezakan yang mana satu dosa, yang mana satu pahala. Syaitan mengindahkan dunia di mata kalian sehingga jalan ke Neraka terasa indah bagaikan di Syurga. Malaysia sudah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Terlalu banyak pendosa yang lupa mereka bakal kembali kepada Tuhan. Sedarlah kalian, Malaysia sudah berada di ambang kehancuran. Buka mata, lihat generasi muda di negara kita. Banyak di antara kalian yang menjadikan laman-laman sosial ibarat taman-taman Neraka. Gigihnya Syaitan memperelokkan dunia di mata kalian sehingga kalian lalai sebegitu rupa.

Allah sudah menurunkan perintah Jihad Fisabilillah di Malaysia dan mewajibkan kita semua berjuang menegakkan agamaNya. Tempoh hari diri mendengar ceramah di radio Ikim FM dan amat penting untuk diri kongsikan di sini.

Allah membahagikan kita semua kepada 3 golongan :
# Golongan yang berjihad di jalan Allah (menegakkan amar makruf, nahi mungkar)
# Golongan yang mendustakan, engkar
# Golongan yang berdiam diri walaupun tahu kebenaran

Golongan pertama dan kedua Allah sebut di dalam Al-Quran. Tetapi tidak bagi golongan ketiga. Menjadi simbol kehinaan apabila Allah tidak menyebut kesudahan orang yang tidak mencegah di dalam Al-Quran. Hati-hati apabila Allah sudah menghina.

Allah sudah tahu natijah yang bakal diterima oleh penegak kalimahNya. Allah cuma mahu melihat usaha kita sahaja. Apa benarkah pengakuan kita sebagai hambaNya. Juga Allah ingin bukti kukuh perlakuan orang yang engkar dan mendustakanNya

Kamu diwajibkan berperang (berjihad) sedang berperang (berjihad) itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk untuk kamu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 216)

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 104)

Maka sepatutnya di antara umat yang telah dibinasakan dahulu, ada orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari (mengerjakan) perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik-beratkan segala nikmat kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.
(Quran ; Surah Hud : ayat 116)

Allah, para Malaikat, dan Rasulullah SAW sentiasa bersama kita semua. Diri pernah didatangi Baginda Rasulullah SAW di antara mimpi dan jaga, dan diri amat yakin Baginda SAW sentiasa mengikuti perkembangan kita. Baginda SAW pasti mahu melihat seluruh umat Islam di Malaysia bersatu. Diingatkan, senjata kita adalah Al-Quran dan musuh utama kita adalah Syaitan. 

Wahai manusia! Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (Syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.
(Quran ; Surah Faatir : ayat 5)

Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana Syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.
(Quran ; Surah Faatir : ayat 6)

Ketahuilah, beberapa kali Syaitan cuba menggagalkan usaha diri untuk menyiapkan blog ini dan Alhamdulillah Allah sentiasa melindungi, dihantarNya para Malaikat untuk memerangi. Turut bersama diri, penegak-penegak agama Allah yang turut sama membantu dalam menyebarkan peringatan-peringatanNya. Salah seorang daripada mereka juga turut diganggu Syaitan laknatullah pada waktu yang sama dengan diri. Berita tentang Jihad Fisabilillah ini telah sampai kepada puak-puak Syaitan dan percayalah, mereka tidak akan duduk diam begitu sahaja. Syaitan sudah terlalu lama bermaharajalela di negara kita. Kebanyakan kalian sudah begitu lalai dengan dunia. Sanggupkah kalian membiarkan puak Syaitan itu semakin berleluasa, sekaligus menarik sebanyak yang mungkin saudara seagama kita ke Neraka?

Dan ketika Syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan buruk mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada seorang pun manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing melihat (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat keras azab seksaNya".
(Quran ; Surah Al-Anfal : ayat 48)

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi.
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 5)

Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik.
(Quran ; Surah Al-Ankabut : 69)

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(Quran ; Surah As-Saf : ayat 4)

Malaysia, Jangan Terlalu Selesa Part 3

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Sudah merasa amankah kamu, bahawa Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika dengan tiba-tiba ia bergoncang?
(Quran ; Surah Al-Mulk : ayat 16)

Atau sudah merasa amankah kamu, bahawa Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu tidak akan mengirimkan badai (angin ribut) yang menghujani kamu dengan batu? Maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya akibat (mendustakan) peringatanKu.
(Quran ; Surah Al-Mulk : ayat 17)

Dan sesungguhnya, orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (lalu mereka dibinasakan); Maka perhatikanlah bagaimana hebatnya kemurkaanKu!
(Quran ; Surah Al-Mulk : ayat 18)

Demi Allah, Malaysia akan ditimpa dengan azab tersebut dan kalian tidak dapat melepaskan diri darinya. Demi Allah, Allah murka dengan kebanyakan kalian. Demi Allah, Allah mengatakan beberapa golongan dari kalian sombong angkuh, melalaikan kewajipan yang diperintahkanNya kepada kalian. Demi Allah, Allah mengkhabarkan bencana yang dialami di beberapan kawasan di negara kita dalam waktu terdekat ini hanyalah ujianNya untuk golongan yang fasik. Allah menjadi saksi antara diri dan kalian semua. Allah yang memegang jiwa ini dan tidak sesekali diri ini berdusta apatah lagi menggunakan nama Allah sewenang-wenangnya.

Dan sekiranya dia berdusta atas nama Kami dan mengadakan sebarang kata-kata rekaan,
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 44)

Pasti Kami akan menyentapnya dengan kekuasaan Kami.
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 45)

Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan pembuluh jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta);
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 46)

Maka tiada seorang pun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 47)

Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 48)

Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 49)

Dan sesungguhnya Al-Quran itu pasti akan menimbulkan penyesalan bagi orang Kafir (di akhirat kelak).
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 50)

Dan sesungguhnya Al-Quran itu kebenaran yang meyakinkan.
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 51)

Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Maha Agung.
(Quran ; Surah Al-Haqqah : ayat 52)

Diri paparkan soalan yang Allah tanyakan kepada kalian semua, wahai seluruh umat Islam di Malaysia. Hayati ayat di bawah.

Tanyakanlah kepada Bani Israil, berapa banyak tanda-tanda (kebenaran) yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? Dan barangsiapa menukar nikmat Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadanya, maka (hendaklah ia mengetahui) sesungguhnya Allah amat keras azab seksaNya.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 211)

Muhasabah diri.

Dan Allah telah membuat satu perumpamaan: Sebuah negeri (Malaysia) yang dahulunya aman damai dan tenteram, yang melimpah-ruah rezekinya dari setiap genap, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakan kepada mereka kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
(Quran ; Surah An-Nahl : ayat 112)

Malaysia, Jangan Terlalu Selesa Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Kebanyakan kalian seperti sangat yakin akhirnya kalian tetap juga akan ditempatkan di Syurga. Kalian fikir cukup sekadar kalian beragama Islam, tidak perlu taat kepada perintah Allah, kelak jika kalian akan dimasukkan ke Neraka sekalipun, itu cuma sebentar cuma kerana akhirnya Allah akan memasukkan kalian ke Syurga kerana kalian beragama Islam. Hebatnya kalian mengambil alih tugas Tuhan dalam menentukan di manakah pengakhiran kalian. Golongan terlebih yakin ini mendapat perlian Allah di dalam Al-Quran. Perlu tadabbur dengan ayat-ayat di bawah.

Tidakkah kamu pelik memikirkan sikap orang-orang (beragama Islam) yang telah diberi bahagian, iaitu Al-Kitab (Al-Quran), mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu menetapkan hukum di antara mereka, kemudian sebahagian dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (kebenaran Kitab Allah itu).
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 23)

Hal itu adalah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung." Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka selalu ada-adakan.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 24)

Tugas diri hanyalah menyampaikan amanah Allah dengan jelas. Supaya kalian cepat bertaubat, kembali rujuk semula kepada Allah, tidak menyalahkan takdir jika ada yang ditimpa azab tersebut, dan tidak mencari alasan untuk menyelamatkan diri sewaktu Hari Perhitungan di akhirat kelak. Allah sudah mengkhabarkan azab yang akan diturunkan nanti sudah tertulis di Lauh Mahfuz, satu ketetapan yang tidak boleh diubah. Tiada doa yang dapat menghalangnya. Dakwat pena sudah kering. Allah Maha Mengetahui keengkaran hamba-hambaNya. Allah sekali-kali tidak menzalimi kita semua. Kita yang menzalimi diri kita sendiri tanpa kita sedari. Allah hanya menurunkan azab kepada golongan yang engkar. Jika kalian beriman, termasuk dalam golongan yang menegakkan amar makruf, nahi mungkar, insya Allah kalian tergolong dalam golongan yang dilindungiNya.

(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.
(Quran ; Surah Al-Syu'ara' : ayat 207)

Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri, melainkan setelah diutus kepadanya terlebih dahulu, orang yang memberi peringatan.
(Quran ; Surah Al-Syu'ara' : ayat 208) 

Untuk memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.
(Quran ; Surah Al-Syu'ara' : ayat 209)

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum lagi nyata di sisi Allah orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang yang sabar?
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 142)

Malaysia, Jangan Terlalu Selesa Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Pasti ada di antara kalian yang akan mengatakan semua peringatan di sini sekadar omongan kosong. Kalian terlalu selesa dengan kehidupan kalian di Malaysia. Masyarakatnya majmuk, beriklim khatulistiwa, aman damai. Kalian merasakan apalah sangat dengan taraf hidup yang semakin tinggi, peningkatan kadar jenayah di kawasan-kawasan tertentu, bencana alam hanya di waktu-waktu tertentu. Kalian langsung tidak menyedari betapa hak Allah sudah dicabuli hamba-hambaNya dan bencana alam tersebut hanyalah amaranNya sahaja.

Ingin diri tekankan, Allah mengancamkan azabNya di negara kita. Jika kalian menyangka tidak mungkin Allah menimpakan azab di Malaysia kerana majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, kalian silap besar. Benar, kebanyakan kita beragama Islam. Tapi kebanyakan kita juga ramai yang Fasik, Kafir setelah beriman, tidak mahu taat kepada perintah Allah. Pelbagai nikmat telah Allah berikan kepada umat Islam di Malaysia tetapi begitu ramai yang mendustakan nikmat tersebut. Gejala sosial semakin menjadi-jadi. Kelalaian ada di mana-mana. Islam hanya ada pada nama. Allah melaknat golongan yang Fasik, Kafir setelah beriman. Sungguh Tuhanku begitu murka.

Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka mengakui bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) itu adalah benar, dan keterangan-keterangan pun telah sampai kepada mereka? Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 86) 

Mereka itu balasannya ialah mereka ditimpa laknat Allah, (demikian pula) laknat para malaikatNya dan seluruh manusia.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 87)

Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi penangguhan atau perhatian;
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 88) 

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki diri mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 89)

Tahukah kalian Allah sedang mengaitkan keadaan umat Islam di Malaysia dengan kaum-kaum terdahulu yang pernah menerima azab Allah? Tahukah kalian kaum Nabi Nuh yang Allah azab dahulu merupakan kaum yang Fasik? Tahukah kalian Allah mengkhabarkan bahawa kebanyakan umat Islam di Malaysia juga tergolong dalam golongan yang Fasik?

Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang Fasik - derhaka.
(Quran ; Surah Adz-Dzaariyaat : ayat 46)

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (kebaikan) umat manusia, menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Sekiranya Ahli Kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang Fasik.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 110)

Ayat-ayat di bawah adalah amaran dan ancaman Allah kepada kaum yang Fasik. 

Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu; dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata, sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah mengunci mata hati orang-orang yang kafir.
(Quran ; Surah Al-A'raf : ayat 101)

Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka menepati janji. Sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka adalah orang-orang yang Fasik.
(Quran ; Surah Al-A'raf : ayat 102)

Katakanlah: "Apa pandangan kamu, jika datang kepada kamu azab Allah dengan tiba-tiba atau terang-terangan, siapakah yang akan dibinasakan, selain dari orang yang zalim?"
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 47) 

Dan tidaklah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan untuk memberi khabar gembira dan memberi peringatan, kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka mereka tidak perlu khuatir, dan mereka tidak akan berdukacita.
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 48)

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku Fasik.
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 49)

Sunday, January 17, 2016

Islam Hanya Pada Lidah Atau Pada Hati?

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Quran ; Surah Az-Zariyyat : ayat 56)

Diri kongsikan di sini sesuatu yang boleh mencelikkan mata dan membuka minda kalian semua. Video di bawah adalah mengenai dakwah yang dilakukan oleh Jin Islam yang memasuki tubuh seorang manusia. Dia hanya menyentuh tentang perkara asas dalam agama sahaja. Kelihatan remeh bagi kebanyakan kita, tetapi sebenarnya sangat berat pada pandangan Allah.



Antara isu yang disentuh :

  • Adakah kita beragama Islam hanya kerana faktor keturunan atau benar-benar dengan kehendak hati kita sendiri?
  • Manusia itu tidak sempurna, kesempurnaan hanyalah milik Allah.
  • Manusia itu tidak perlu digoda Jin dan Syaitan kerana sudah melencong sendiri.
  • Syaitan megah/bersenang-lenang/goyang kaki kerana manusia yang mencari Syaitan, bukannya Syaitan yang mencari manusia.
  • Kita mendirikan solat, tetapi adakah solat kita sudah sempurna?
  • Di awal permulaan solat iaitu ketika bacaan Doa Iftitah, kita akan mengungkapkan kalimah "Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahi Rabbil a'lamiin" (Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan semesta alam). Tetapi cuba ada yang meminta harta dunia kita, adakah kita sanggup untuk melepaskannya? Jika masih mengutamakan hal dunia, bererti kita tidak mengutamakan Tuhan, padahal kita sudah berjanji melalui ayat tersebut.
  • Dakwah yang sebenar adalah melalui bicara dan tingkah laku yang baik.
  • Doa yang dimakbulkan Tuhan adalah doa orang yang teraniaya dan doa orang yang bertawasul kepada Nabi Muhammad SAW. Jika manusia berhenti berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, doanya akan ditolak.
  • Jika manusia ingin selamat (dunia dan akhirat) dan dimakbulkan kesemua keinginannya, dekatilah Allah.
  • Jangan tinggalkan solat fardhu lima waktu.
  • Pelajari syahadah dengan benar, biar faham, jangan menjadi saksi palsu.
  • Benar-benar memahami makna surah di dalam Al-Quran. Jika tidak berdaya untuk memahami kesemuanya, fahami makna Surah Al-Fatihah pun tidak mengapa, itu lebih baik.
  • Alhamdulillahi Rabbil a'lamin (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam). Jika manusia ingin dipuji dan disanjung, itu masih belum menjadi hamba Tuhan kerana itu bererti manusia itu mempunyai sifat riak.
  • Pelajari Al-Quran jika ingin mengetahui rahsia alam semesta.

Tonton video untuk keterangan yang lebih jelas.

Di bawah ini pula video Jin Islam yang memasuki tubuh manusia diam menghormati azan sewaktu azan berkumandang dari masjid berdekatan. Setiap bait azan dihayati dengan sebenar-benar penghayatan. Itu baru azan. Belum masuk bab solat. 


Renung-renungkan.

Menyembunyikan Sedekah Atau Menampakkannya?

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. 
Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 264)

Jika kamu menzahirkan sedekahmu (supaya dicontohi orang lain), maka itu adalah baik sekali. Tetapi jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 271)

Kalian boleh buka link di bawah untuk penerangan yang lebih jelas. Cuma ingin diri nyatakan di sini, kadang kala menzahirkan (menampakkan) sedekah boleh membuatkan niat sebenar sedekah itu teralih. Sedekah sepatutnya mendidik hati supaya menjadi ikhlas, bukan sebaliknya. Redha yang perlu dicari dan diutamakan adalah redha Allah. Allah yang menyempitkan dan melapangkan rezeki kalian. Berbagai-bagai ganjaran sudah Allah tawarkan di dalam Al-Quran. Tidak yakinkah kalian dengan janji Tuhan?

Baca : 

Tiada Istilah Allah Belum Beri Hidayah

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Bayangkan kalian berada di satu persimpangan. Kalian perlu memilih antara laluan kanan atau laluan kiri. Jika Allah mendapati kalian tercari-cari jalan yang benar, akan didorongkanNya kalian supaya memilih laluan kanan. Jika tidak, sesatlah kalian dengan laluan kiri.

Hidayah pula ibarat satu laluan di sepanjang lereng bukit dengan gaung yang sangat curam di sebelahnya. Bayangkan kalian sebagai pemandu yang perlu melalui jalan tersebut. Selagi kalian berada di laluan yang betul, insya Allah kalian akan selamat tiba ke destinasi. Tetapi jika kalian sendiri yang tidak mahu mengikut laluan yang diberi, kalian lebih rela terjun gaung, apa kalian masih mahu menyalahkan Yang Maha Memberi?

Orang yang memberi alasan hidayah belum sampai atau Allah belum beri hidayah kepadanya adalah orang yang berbuat dusta kepada Allah.

...tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui siapakah yang MAHU mendapat hidayah petunjuk.
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 56)

Amaran Allah Untuk Orang Yang Engkar

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Ketahuilah kalian, kemurkaan Allah itu lebih besar dari azab seksaNya. Kembali bertaubat kepadaNya sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang bagi manusia dalam Al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan sememangnya manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.
(Quran ; Surah Al-Kahfi : ayat 54)

(Iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). Sangat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci hati setiap orang yang sombong takbur dan memperlakukan sesuka hati mereka.
(Quran ; Surah Ghaafir : ayat 35)

Orang-orang yang terdahulu dari mereka telah mendustakan, lalu orang-orang itu didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya.
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 25)

Maka Allah menimpakan kepada mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana), dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi. Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini, tentulah mereka tidak mendustakan).
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 26)

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Inilah orang-orang yang berbuat dusta terhadap Tuhan mereka". Ingatlah! Laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim.
(Quran ; Surah Hud : ayat 18)

(Iaitu) orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan agama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat; 
(Quran ; Surah Hud : ayat 19)

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa disebabkan mereka berlaku fasik.
(Quran ; Surah Al-An'aam : ayat 49)

Khabar Gembira Untuk Orang Beriman

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Terlalu banyak janji-janji Allah untuk kalian. Ini baru sebahagian kecil daripadanya. Tuhanku Maha Penyantun. Allah sering menggambarkan keindahan Syurga yang bakal kalian terima. Sedangkan satu-satunya ganjaran yang tidak terhitung nikmatnya adalah menatap wajahNya di Syurga.

Dan orang-orang yang menjauhkan dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu sampaikanlah khabar gembira kepada hamba-hambaKu.
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 17)

(Iaitu) mereka yang mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka mengikut apa yang paling baik di antaranya (dari segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. 
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 18)

Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. 
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 33)

Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya. 
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 34)

(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. 
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 35)

Hidup Bersederhana Dengan Nikmat Kemewahan Yang Allah Beri

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Allah juga menegur golongan yang diberi nikmat kemewahan dengan harta yang melimpah-ruah. Jutawan-jutawan Malaysia yang dimaksudkan oleh Allah, diri tidak mengenali siapa sebenarnya kalian dan apakah gaya hidup kalian. Hanya kalian dan Allah sahaja yang tahu. Berulang kali Allah menunjukkan ayat-ayat ini. Allah gemar memberi perumpamaan dan pengajaran dari kisah orang terdahulu, dan hanya orang yang berakal sahaja akan mengerti. Baca dengan mata hati, Insya Allah, Allah akan mudahkan kalian untuk fahami.

Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (menjadikan) Syaitan itu sebagai temannya, maka (ketahuilah) seburuk-buruk teman itu adalah syaitan. 
(Quran ; Surah An-Nisaa' : ayat 38)

Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan keadaan mereka.
(Quran ; Surah An-Nisaa' : ayat 39)

Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri." 
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 76)

"Dan carilah pahala (untuk hari akhirat) dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu, tetapi janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 77)

Negeri akhirat itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 84)

Berkasih Sayang Sesama Manusia Termasuk Orang Bukan Islam

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Beza kalian dengan orang bukan Islam adalah kebanyakan kalian dilahirkan dalam keluarga Islam dan dari awal lagi kalian sudah didedahkan dengan Islam, tetapi tidak bagi mereka. Sungguh orang Melayu di Malaysia sangat beruntung dalam hal ini namun masih ada yang mensia-siakan peluang yang Allah beri. Itulah orang-orang yang rugi.

Orang bukan Islam yang langsung tiada pengetahuan tentang bagaimanakah agama Islam yang sebenarnya akan menilai Islam melalui kalian. Kalian ibarat duta agama Islam bagi mereka. Tetapi sayang, lebih banyak keburukan yang kalian pamerkan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam itu sendiri. "Adakah engkau mendekatkan Aku kepada hamba-hambaKu atau engkau membuatkan mereka makin jauh dariKu?" Mahukah kalian disoal Allah dengan soalan ini di akhirat nanti?

Kalian juga tiada hak untuk memandang mereka dengan pandangan yang serong seolah-olah kalian pasti pengakhiran mereka di mana. Allah sahaja yang berhak menilai dan menghakimi hamba-hambaNya. Mereka juga merupakan hamba Allah, makhluk ciptaanNya. Bukannya kalian sahaja.

Jika ada orang bukan Islam yang sedang membaca di halaman ini, ingin diri khabarkan kepada kalian, Tuhan kita adalah Maha Baik dan Dia tidak akan menzalimi hamba-hambaNya walau sedikit pun. Jika kalian selidik, kalian akan mendapati kitab-kitab suci asal untuk agama-agama terbesar di seluruh dunia menyebut tentang penyembahan Tuhan yang Satu. Hanya ada satu Tuhan. Tetapi agama manakah yang paling jelas keteranganNya? Siapakah Tuhan yang sebenar-benarnya?

Begitu juga tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan terakhir yang diutuskan Tuhan untuk seluruh umat manusia yang ada disebut di dalam kitab-kitab suci asal agama-agama terbesar di seluruh dunia. Tentang bagaimana ramalan tersebut ada di dalam kitab suci agama lain, jawapannya jelas disebut di dalam Al-Quran. Satu fakta yang sukar untuk dinafikan.

Agama ini ibarat institusi pengajian tinggi. Jika kita ingin melanjutkan pelajaran ke sesuatu universiti, pasti kita akan memilih universiti yang terbaik di antara semua. Tugasan terbaik di universiti pastilah bersumberkan high impact journal, bukan sebaliknya. Selidikilah siapa Pencipta kalian. 

Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya orang tua (nenek-moyang) kamilah yang mempersekutukan Allah sejak dahulu, sedang kami ini ialah keturunan yang datang sesudah mereka. Maka, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang yang sesat dahulu?"
(Quran ; Surah Al-A'raf : ayat 173)

Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu, agar mereka kembali (kepada kebenaran).
(Quran ; Surah Al-A'raf : ayat 174)

Dan orang yang beriman serta beramal soleh pasti Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan dengan sebaik-baik balasan.
(Quran : Surah Al-Ankabut : ayat 7)

Diri mempunyai sahabat bukan Islam dan tahun ini persahabatan kami memasuki usia yang ke 19 tahun. Dialah sahabat sejati, sahabat yang paling akrab, dan sangat mengenali diri ini. Untuk pengetahuan kalian, Allah tidak pernah melarang persahabatan tersebut, malah diselitkanNya petunjuk khas untuk sahabat tersebut di dalam Al-Quran.

Ada bezanya di antara orang Islam yang tidak beriman dengan orang Islam yang beriman, begitu juga dengan orang bukan Islam yang zalim dengan orang bukan Islam yang baik. Kalian perlu tahu bezakan. Sekalipun ada di antara mereka yang menzalimi kalian, jika hanya kata-kata keji yang diungkapkan, apalah salahnya jika kalian bersabar dan maafkan mereka. Benar, kalian ada hak untuk membela diri, tetapi jika kalian dapat bersabar, itu lebih mulia di sisi Allah. Kepada Allah jualah diserahkan segala urusan. Tiada siapa pun yang akan terlepas di Hari Pembalasan.

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana dalam urusan agama, dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
(Quran ; Surah Al-Mumtahanah : ayat 8)

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu dalam urusan agama, dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim.
(Quran ; Surah Al-Mumtahanah : ayat 9)

Dan berperanglah dalam (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah ke atas orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh (melampaui batas).
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 190)

Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 192)

Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 193)

Taman Sosial Atau Laman Neraka?

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Amat mengecewakan apabila melihat banyak di antara kalian yang menyalahgunakan laman sosial. Langsung tiada sebarang pengawasan atau penapisan dari pihak yang bertanggungjawab. Viral palsu atau fitnah semakin berleluasa seolah-olah ia perkara biasa. Kalian sudah tidak tahu membezakan di antara dosa dan pahala, juga jalan ke Syurga dan jalan ke Neraka.

Kalian membuka aib orang lain dan aib diri kalian sendiri. Kalian riak mempamerkan segala kemewahan yang Allah beri. Kalian menyalahgunakan kalimah Allah yang suci. Kalian menggunakan kalimah Astaghfirullah, Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha illallah, Allahuakbar untuk kepentingan peribadi. Dan macam-macam lagi yang tidak sanggup diri sebut di sini.

Ingin diri berkongsi sesuatu. Tahukah kalian Allah Maha Cemburu? Tahukah kalian mata ini pernah dicucuk olehNya kerana dua malam berturut-turut diri ber'Muka Buku'? Tahukah kalian Allah menjauhkan semua kelalaian yang boleh membuatkan diri jauh dari Yang Satu? Sekarang kalian tahu.

Alhamdulillah masih ada pihak yang bersungguh-sungguh menegakkan amar makruf, nahi mungkar di laman sosial. Namun terlalu banyak perkara haram di laman sosial yang membuatkan Allah tidak sanggup membiarkan diri ini melihatnya. Sudah diunisntall app laman sosial tersebut semata-mata ingin mencapai redha Allah. Sekali-sekala sahaja dibuka untuk mengetahui perkembangan isu semasa. Itu pun pada waktu-waktu tertentu sahaja. Pendaki Mahligai Makrifat's Facebook Page pun sudah diri serahkan kepada sahabat perjuangan untuk dikawal selia.

Bagaimana pula dengan kalian semua? Masih mahu menutup mata?

Saturday, January 16, 2016

Banyaknya Amalan Bukanlah Kayu Ukur Dekatnya Kita Dengan Allah

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Bagi kalian yang gemar menilai seseorang melalui sikit atau banyaknya amalan yang dilakukan oleh orang tersebut dan menilai seseorang melalui penampilan, ingin diri tanyakan kepada kalian.

  • Adakah kalian berada bersama orang tersebut 24 jam, setiap hari sepanjang hidupnya? 
  • Adakah kalian tahu apa yang ada di dalam hatinya?
  • Adakah kalian tahu bagaimanakah hubungannya dengan Allah? 
  • Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa dan hanya Allah yang Maha Mengetahui akan orang yang bertaqwa, adakah kalian ingin menyaingi Allah dalam menentukan siapakah orang yang bertaqwa?
  • Jika tidak, mengapa kalian masih berprasangka? 

Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang. 
(Quran ; Surah Al-Hujurat : ayat 12)

Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
(Quran ; Surah Al-A’raf : ayat 26)

Banyaknya amalan kalian bukanlah untuk dibangga-banggakan. Bagi Allah, meskipun seseorang itu berkelakuan baik,  tetapi jika dia tidak mempunyai walau satu pun amalan rahsia yang hanya Allah sahaja yang menjadi saksi dan tidak dipertontonkan amalan tersebut kepada manusia lain, maka dia termasuk dalam golongan yang buruk kelakuannya. Redha Allah lah yang perlu dicari, bukannya redha manusia.

Jangan kalian ibaratkan amal itu ibarat melontarkan bola jaring ke dalam golnya yang mana setiap lontaran yang tepat, 1 gol pasti kalian dapat. 
Tetapi kalian ibaratkanlah amal itu ibarat melontarkan bola bowling. Mata (markah) yang kalian akan peroleh bergantung kepada bilangan pin yang jatuh jika lontarannya tepat.
Persoalannya yakinkah kalian markah untuk setiap lontaran pasti tercatat?

Memiliki sifat memandang rendah kepada orang lain dan gemar membuat penilaian yang salah adalah mereka yang tunduk kepada hasutan Syaitan. Sentiasa bersangka baik dan jauhkan diri kalian daripada sifat-sifat tersebut. 

Tidakkah engkau memperhatikan orang-orang yang menganggap dirinya suci? Padahal Allah jualah yang berhak menyucikan (memuji) sesiapa yang Dia kehendaki ; dan mereka pula tidak dizalimi walau sedikitpun.
(Quran ; Surah An-Nisa : ayat 49)

Friday, January 15, 2016

Kesilapan Terbesar Umat Islam Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau mengadili manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu, dan janganlah engkau menjadi pembela orang-orang yang khianat.
(Quran ; Surah Al-Nisa : ayat 105)

Allah tidak segan untuk berterus-terang dalam menegur dan menunjukkan kesalahan hamba-hambaNya. Berkali-kali disuruhNya diri untuk menegur orang-orang tertentu yang mana diri langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang teguran tersebut, hanya menurut perintahNya sahaja. Seperti biasa, ditegurNya melalui ayat-ayat Al-Quran.

Berbeza-beza penerimaan yang diterima. Ada yang bersyukur ditegur secara langsung oleh Allah lantas membuat pembaikan dan penambahbaikan. Ada yang mengabaikan teguran tersebut. Ada yang memberontak, pantang ditegur. Ada yang menganggap tidak mungkin Allah murka kepadanya kerana dia sentiasa beribadat. Ada yang degil dengan ayat-ayat Al-Quran yang diberi hanya mereka tidak dapat menghayatinya. Ada yang gemar memanipulasi kebenaran. Ada yang bercakap di belakang, menabur fitnah, dan mengira diri tidak tahu, padahal sudah didedahkan Allah tentang perbuatan mereka. Terserah. Kerana yang menegur itu adalah Allah. Diri hanya menyampaikannya sahaja.

Sebelum diri terlupa, ingin diri sampaikan pesan Allah kepada Munafik yang sedang membaca halaman ini. Sebelum ini sudah Allah dedahkan siapakah Munafik yang berada di sekeliling diri dan tipu daya yang mereka lakukan. Terbaru, Allah mengkhabarkan rupanya banyak lagi Munafik Melayu di luar sana yang tidak diri kenali tetapi Allah lah yang Maha Mengetahui. Tidak usah kalian berpura-pura. Allah Maha Mengetahui segala perbuatan buruk yang sudah dan sedang kamu lakukan dan mengkhabarkan tempat tinggal kamu adalah selama-lamanya di dalam Neraka.

Diri mula sedar perbezaan ketara di antara apa yang paling diutamakan oleh Allah dengan apa yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam di negara kita. Begitu jelas corak teguranNya.

Sebagai contoh, setelah berbulan-bulan diri tidak sengaja melakukan ibadah solat sunat selepas menunaikan solat fardhu subuh kerana kekeliruan menyangka jika masuk waktu syuruk barulah diharamkan untuk solat, barulah ditunjuk kesalahan tersebut oleh Allah. Diri bertanya kepadaNya, "Mengapa Allah lambat tunjukkan kesalahan tersebut, diri tidak mahu melakukan apa-apa yang mengundang kemurkaan Allah." Lantas dijawabNya, "Aku tidak murka. Jika tidak sengaja, itu bukan satu dosa."


Rasulullah SAW bersabda :
" Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku ini ketidaksengajaan, kelupaan, dan apa yang dipaksakan kepada mereka. " 

(Hadits Shahih, HR Ibnu Majah)

Tetapi untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan akhlak, cepat sekali Allah menunjukkan kesalahan mereka. DitunjukkanNya ayat yang mempunyai perkataan kezaliman. Diri mula sedar rupanya kebanyakan umat Islam di negara kita telah melakukan kesilapan terbesar dalam agama yang jika tidak dibetulkan, pasti ianya akan terus berkekalan.

Jika kalian perhatikan dengan teliti, pertanyaan-pertanyaan yang kerap diajukan kepada penceramah agama  tanah air kurang memberi penekanan tentang hal tersebut. Sedangkan yang paling ditekankan Allah (selain dosa-dosa besar) adalah soal hubungan sesama manusia (ikatan silaturrahim) dan apa yang ada di dalam hati kalian. Kebanyakan kalian memandang remeh dua perkara ini sedangkan Allah memandang serius perkara tersebut.

Tuesday, January 12, 2016

Ancaman Allah Kepada Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Kebanyakan kalian hidup seolah-olah Malaysia milik mutlak kalian dan seperti kalianlah pewaris kekal negara ini. Allah mendedahkan kepada diri yang kepimpinan negara kalian hiasi dengan Mudahanah. Kalian mengorbankan agama untuk urusan dunia. Apabila agama dipermainkan, sudah pasti mengundang kemurkaan Pencipta.

Sekiranya negara diancam oleh kerajaan negara lain, sudah pasti pelbagai persediaan bakal dilakukan, segala aset negara akan dikerahkan untuk melindungi negara tercinta. Tetapi bagaimana pula apabila ancaman itu datang dari Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi, Penguasa seluruh alam, Pemilik sebenar tanah yang sedang kalian duduki sekarang?

Sebilangan kalian juga seperti menanti-nanti kedatangan bencana (azab) Allah lantas mendapat perlian dariNya. Persediaan kalian lakukan dengan penuh teliti. Peringatan Allah kalian tolak ke tepi. Sedangkan yang paling utama adalah mengajak manusia kembali bertaqwa, rujuk semula kepada Allah seraya meredakan kemurkaanNya. Bukannya sibuk mengutamakan urusan dunia.

(Apakah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) Mereka tidak menunggu melainkan kedatangan Malaikat (yang akan mencabut nyawa mereka), atau kedatangan azab Tuhanmu (yang akan membinasakan mereka). Demikianlah juga yang dilakukan oleh orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka (lalu dibinasakan); dan (sebenarnya) Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(Quran ; Surah An-Nahl : ayat 33)

Allah telah mengkhabarkan kepada diri ini bahawa Dia mendatangkan azab di Mekah beberapa bulan yang lepas kerana penduduknya yang lalai dan banjir besar yang telah melanda negeri Kelantan hanyalah amaranNya sahaja. Amaran sahaja sudah begitu rupa, bagaimanakah pula dengan azabNya? Azab Allah adalah sesuatu yang tidak dijangka, waktunya sudah ditetapkan di Lauh Mahfuz. Kenang kembali kejadian Tsunami yang pernah berlaku di Acheh. Malaysia semakin teruk pada pandangan Allah. Berkali-kali Allah menegur Malaysia menerusi bencana yang menimpa negara kita. Allah takkan teragak-agak untuk menimpakan kepada kita bencana seperti keadaan kaum-kaum terdahulu, padahal Allah tidak mahu berbuat zalim kepada hamba-hambaNya, sedang kitalah yang menzalimi diri kita sendiri.

Sesungguhnya semua itu adalah sebagai peringatan bagi sesiapa yang mempunyai hati.
(Quran ; Surah Qaf : ayat 37)

Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Dia mengutus seorang Rasul di ibu negeri itu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya melakukan kezaliman.
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 59)

Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh, Aad, Thamud, kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya lalu Tuhan membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(Quran ; Surah At-Tawbah : ayat 70)

Dan berapa banyak kota yang Aku tangguhkan (azabKu) kepadanya, sedang penduduknya berlaku zalim; kemudian Aku azab mereka; dan (ingatlah) kepada Akulah tempat kembalinya segala sesuatu.
(Quran ; Surah Al-Haj : ayat 48)

Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan yang nyata, tetapi mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang berbuat dosa.
(Quran ; Surah Yunus : ayat 13)

Maka orang yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu, bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut) : Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 45)

Dan mereka meminta kepadamu agar segera diturunkan azab. Kalau bukan kerana waktu yang telah ditetapkan, nescaya datang azab itu kepada mereka dan (azab itu) pasti akan datang kepada mereka secara tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedarinya.
(Quran ; Surah Al-Ankabut : ayat 53)

Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya dan kelak kamu akan mengetahuinya.
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 67)

Mimpi Berpetanda

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Minggu pertama bulan November 2015 diri mengalami satu mimpi berpetanda. 

"Di hadapan ada lautan ganas berwarna biru tua. Kemudian tiba-tiba lautan berpecah menjadi grid puzzle segi empat, satu persatu bergerak ke sisi dengan sepantas kilat dan digantikan dengan grid puzzle tanah juga sepantas kilat. Sekelip mata lautan ganas tadi berganti dengan tanah yang dipenuhi dengan pokok-pokok berbuah lebat. Mereka seronok. Tapi diri masih di tepi, tidak membenarkan orang lain untuk ke situ. Entah mengapa, rasa tak sedap hati dan terlalu risau dengan keadaan yang berubah secara drastik. Macam mana lautan boleh menjadi tanah dalam sekelip mata, sekelip mata juga tanah boleh berubah semula menjadi lautan yang ganas."

Sejak mimpi tersebut, diri semakin alert dengan perubahan cuaca. Pertengahan Disember 2015, Allah kembali mengingatkan diri tentang mimpi tersebut. 

Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu: Sesungguhnya (ilmu) Tuhanmu meliputi seluruh manusia. Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk (zaqqum) di dalam Al-Quran. Dan Kami menakuti mereka (dengan berbagai-bagai amaran), tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besarkan kederhakaan mereka. 
(Quran ; Surah Al-Isra' : ayat 60)

Allahuakbar. Allah memperkatakan dengan jelas mengenai mimpi tersebut. Ternyata perubahan secara mendadak lautan ganas kepada tanah yang dipenuhi pokok itu adalah perubahan cuaca yang mendadak di negara kita. Musim tengkujuh di sebelah Pantai Timur pada tahun 2015 begitu berbeza cuacanya jika dibanding dengan sebelum-sebelum ini. Ternyata ada di antara kalian yang sangat lega, kembali menikmati dunia seperti kalian tidak pernah berserah kepadaNya, dan paling buruk, kalian bertambah seronok melakukan dosa. Leka sekali kalian memetik buah Zaqqum di Neraka. Pelbagai amaran telah Allah hantar untuk menyedarkan kalian, kalian buat-buat lupa.

Ada di antara kalian yang terlebih dahulu mendapat berita ini, terus bertanya orang sekeliling hujan atau tidak di tempat mereka, dan sebagainya. Seperti kalian, diri juga tertanya-tanya bagaimanakah azab yang akan Allah datangkan. Pengetahuan itu hanya ada pada Allah. Yang pastinya ketetapan yang bakal Allah turunkan itu sudah tertulis di Lauh Mahfuz. Azab bukanlah sesuatu yang boleh dijangka kedatangannya. Tatkala melihat awan memenuhi langit, selain mengagumi kebesaranNya, sungguh ada sedikit rasa tidak enak di situ. Allah tidak akan memperlihatkan mimpi itu dengan sia-sia. 

Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri (serta insaf dan bertaubat) ketika datang seksaan Kami kepada mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan Syaitan pun memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang sentiasa mereka kerjakan.
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 43)

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membuka pintu-pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga apabila mereka bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. 
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 44)

Malaysia, Tuhanmu Murka Part 5

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Demi Allah, sebenarnya hanya ada 4 entry di bawah tajuk "Malaysia, Tuhanmu Murka." Zohor tadi Allah menyuruh diri supaya menambah satu lagi entry. Diri tidak akan sertakan nama-nama yang didedahkan Allah di sini. Diri paparkan ayat-ayat Al-Quran yang Allah tunjuk sahaja. Kepada empunya diri, kembalilah kepada Allah, pintu taubatNya sentiasa terbuka.

Dan janganlah kamu berdebat untuk (membela) orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang selalu berkhianat dan bergelumang dengan dosa.
(Quran ; Surah Al-Nisa' ; ayat 107)

Mereka dapat bersembunyi daripada manusia, tetapi mereka tidak dapat bersembunyi daripada Allah, kerana Allah ada bersama-sama mereka, pada suatu malam ketika mereka menetapkan keputusan rahsia yang tidak diredhaiNya. Dan sesungguhnya Allah Maha Meliputi PengetahuanNya terhadap apa yang mereka kerjakan.
(Quran ; Surah Al-Nisa' ; ayat 108)

Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon keampunan dari Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Quran ; Surah Al-Nisa' ; ayat 110)

Dan barangsiapa berbuat dosa, maka sesungguhnya dia hanya melakukannya untuk (kerugian) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Quran ; Surah Al-Nisa' ; ayat 111)

Dan barangsiapa membuat kesalahan atau dosa, kemudian dia tuduhkan kepada orang yang tidak bersalah, maka sungguh, dia telah memikul suatu kebohongan dan dosa yang nyata. 
(Quran ; Surah Al-Nisa' ; ayat 112)

Malaysia, Tuhanmu Murka Part 4

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Kebanyakan kalian apabila diberitahu yang kalian sebenarnya mempersekutukan Allah (syirik), kalian terus melenting dan dengan yakinnya menafikan sedangkan secara terang-terangan kalian mempersekutukanNya. Kalian menganggap syirik itu hanyalah untuk sesiapa yang terlibat dengan unsur-unsur pemujaan yang melibatkan Jin dan ilmu hitam atau menyembah berhala sedangkan itu hanya salah satu contoh perbuatan syirik. Di dalam Al-Quran terdapat banyak contoh perbuatan mempersekutukan Allah dengan sesuatu.

Syirik terbahagi kepada dua; Syirik Khafi (syirik kecil, tersembunyi) dan Syirik Jali (syirik besar, terang). Diri tidak akan menerangkan kesemuanya di sini. Biarlah para agamawan yang lebih arif tentang hal ini menerangkan kepada kalian. Allah sangat murka dengan kalian kerana tanpa rasa bersalah, kalian mempersekutukanNya dengan sesuatu. Dengan mempersekutukanNya, kalian sebenarnya meyakini wujud kuasa lain selain Allah dan mengutamakan yang lain selain Allah. 

Berikut adalah beberapa contoh mempersekutukan Allah dengan sesuatu.

  • Khurafat dan pantang larang karut Melayu.
  • Terlalu menyayangi seseorang atau dunia lebih dari Allah.
  • Mengutamakan hukum dan undang-undang ciptaan manusia dan menolak Hukum Hudud ciptaan Allah. 
  • Meyakini api yang menyebabkan kebakaran, bukannya kuasa Allah.
  • Seharian melayari laman sosial seperti Facebook tanpa mengingati Allah.
  • Meyakini manusia yang memberi rezeki, bukannya Allah.
  • Mengabaikan solat fardhu kerana mengutamakan kerjaya.
  • Tidak mahu membayar zakat.
  • Bertuhankan hawa nafsu.

Kalian memandang remeh hal ini tetapi sebenarnya mengundang kemurkaan besar Pencipta.

Dan apabila manusia ditimpa oleh sesuatu bahaya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan kembali bertaubat kepadaNya, kemudian apabila Dia memberikan sedikit rahmatNya kepada mereka, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Allah.
(Quran ; Surah Al-Rum : ayat 33)

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya dengan sesuatu dan dia mengampuni dosa selain syirik bagi siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar.
(Quran ; Surah Al-Nisa' : ayat 48)

Dan sesungguhnya, jika engkau bertanya kepada mereka: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah."
 Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah selain dari Allah itu (mempersekutukan Allah)? Jika Allah hendak mendatangkan bencana kepadaku, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bencana itu? atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka mencegah rahmatNya itu?" 
Katakanlah lagi: "Cukuplah Allah bagiku. KepadaNyalah orang yang bertawakal berserah diri."
(Quran ; Surah Az-Zumar : ayat 38)

Itulah petunjuk Allah, Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah daripada mereka amalan yang telah mereka kerjakan. 
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 88)

Malaysia, Tuhanmu Murka Part 3

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Sejak Allah menyingkapkan rahsiaNya melalui Tajalli kepada diri, diri nampak mengapa Allah begitu murka dengan kebanyakan kalian, wahai rakyat Malaysia. Kalian mendustakan nikmat yang diberi oleh Allah malah ada yang kufur dengan nikmat yang diberi. Diri menggunakan perkataan singkap kerana rahsia Allah yang meliputi seluruh alam adalah terlalu besar dan apa yang ditunjukkanNya kepada diri ini hanyalah sebahagian kecil sahaja. 

Dunia termasuk dalam pentadbiran Allah. Di dalam dunia pula ada pecahan-pecahannya. Antaranya dunia teknologi, dunia perniagaan, dunia hiburan, dunia penulisan, dunia politik, dunia penyiaran, dunia pendidikan, dan dunia guaman. Tiada satu pun yang terlepas dari pentadbiran dan pemerhatianNya. Tidak terhitung nikmat yang Allah beri. Sayangnya kebanyakan kalian mendustakan nikmatNya malah kalian hiasi pula dengan bunga-bunga maksiat kerana terlalu cintakan dunia. Mudahnya kalian diperdaya Syaitan durjana.

Apa kalian fikir Allah hanya mencipta otak dan menganugerahkan akal untuk kalian berfikir, kemudian Dia biarkan kalian begitu sahaja? Apa kalian fikir segala ciptaan atau hasil karya kalian di dunia itu kerana kalian yang mengerahkan otak untuk mengeluarkan idea? Apa kalian yakin istilah nasib baik itu ada? Tahukah kalian yang kita semua ibarat 'lembu punya susu, sapi dapat nama'? Masih kalian ingkar kepadaNya.

Allah berkali-kali menekankan supaya kita semua menghayati Surah Ar-Rahman dengan sebenar-benar penghayatan. 

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
(Quran; Surah Ar-Rahman : diulang 31 kali oleh Allah)

Jangan kalian fikir tugas Tuhan itu hanyalah memberi rezeki, mencipta alam, malaikat, jin, dan manusia, menghidupkan dan mematikan sahaja. Tetapi Tuhanlah yang mentadbir segala urusan kalian dari sebesar-besar hingga ke sekecil-kecil perkara. Telah Allah nyatakan di dalam Ayat Kursi, baris pertama ;

1. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluknya)
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 255)

Paling tercela, kalian angkuh dengan nikmatNya. Abu Abdullah rahimahullahu ta'ala pernah ditanya, "Mengapa agaknya kita semua sangat gemarkan pujian dan sanjungan orang sekeliling?" Lalu dia menjawab, "Kerana terlupakan kurniaan Allah kepada kamu, dan kebaikan inayahNya terhadap kamu. Jadi siapa yang melupakan kurnia dan mengingkari nikmat, bertukarlah baginya segala nikmat itu menjadi niqmat (iaitu kecelakaan)."

Dan sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur.
(Quran ; Surah Saba' : ayat 13)

Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka dan silakan mereka (hidup) bersenang-senang (dalam kekafiran). Maka kelak mereka akan mengetahui (akibat buruk apa yang mereka lakukan).
(Quran ; Surah Al-Ankabut : ayat 66)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatku, maka sesungguhnya azabKu amatlah keras."
(Quran ; Surah Ibrahim : ayat 7)

Monday, January 11, 2016

Malaysia, Tuhanmu Murka Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Dua perkara yang paling ditekankan oleh Allah tentang kalian adalah kalian mempersekutukanNya dengan sesuatu dan kalian dustakan nikmatNya. Itu akan diterangkan di entry seterusnya. Ketahuilah, kebanyakan kalian melakukan dua perkara tersebut secara terang-terangan sedangkan ia sangat dimurkai Allah. Di sini diri paparkan beberapa isu negara yang dimurkai Allah tentang Malaysia. Tolong ambil perhatian. Tuhan kalian sudah bersuara. 

Isu kezaliman dan penindasan ke atas rakyat :
-Hayatilah ayat ini (tadabbur).
# Bani Israel : Warganegara Malaysia. 
# Membunuh : Menzalimi, menindas, menganiaya
# Rasul-rasul : Saksi Allah dan Rasul

Oleh kerana itu, Kami tetapkan ke atas Bani Israel, bahawa barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana (dia) membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh seluruh manusia. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan seluruh manusia. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang jelas, kemudian sesungguhnya kebanyakan mereka selepas itu bersungguh-sungguh menjadi orang yang melampaui batas di muka bumi.
(Quran ; Surah Al-Maidah : ayat 32)

Isu GST : 
-Cukai yang lebih banyak keburukan dari kebaikan sekaligus banyak menzalimi rakyat. Redhakah rakyat dengan kalian?

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara redha meredhai di antara kamu.
(Quran ; Surah Al-Nisa' : ayat 29)

Sempurnakanlah sukatan dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.
(Quran ; Surah Al-Syu'ara' : ayat 181)

Dan timbanglah dengan neraca yang benar timbangannya.
(Quran ; Surah Al-Syu'ara' : ayat 182)

Dan janganlah kamu merugikan manusia dengan mengurangi hak-haknya dan janganlah kamu membuat kerosakan (berlaku zalim) di bumi.
(Quran ; Surah Al-Syu'ara' : ayat 183)

Isu BR1M :
-Salah satu nama Allah menurut Asma 'ul Husna adalah Ar-Razzaq iaitu Maha Pemberi Rezeki. Allah yang memberi rezeki kepada rakyat melalui kalian. Alhamdulillahi Rabbil a'lamin. Segala puji dan ucapan terima kasih hanya layak untukNya. Bukan kalian.

Dia (Allah) membuat perumpamaan bagimu daripada dirimu sendiri. Apakah kamu rela jika ada di antara hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang Kami telah kurniakan kepada kamu, sehingga kamu menjadi setara dengan mereka (hamba abdi kamu) dalam hal ini, lalu kamu takut kepada mereka sebagaimana kamu takut sesama kamu. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya. 
(Quran ; Surah Al-Rum : ayat 28)

Isu Bajet 2016 :
-Kepada sesiapa yang terlibat dengan Sistem Belanjawan Negara, ayat-ayat ini ditujukan Allah untuk kalian.
-Perlu tadabbur dengan ayat-ayat di bawah.
# Ahli Kitab : Orang Islam
# Orang yang Ummi : Rakyat yang tidak tahu apa-apa tentang pentadbiran negara

Di kalangan Ahli Kitab, ada orang yang jika kamu mengamanahkannya agar menyimpan sejumlah harta yang banyak sekalipun, dia akan mengembalikannya semula (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di kalangan mereka yang jika kamu mengamanahkannya menyimpan walau sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang yang Ummi. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
(Quran ; Surah Ali-Imran' : ayat 75)

Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.
(Quran ; Surah Ali-Imran ; ayat 76)

Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang pedih.
(Quran ; Surah Ali-Imran ; ayat 77)

Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya) kerana mereka tidak (mahu) beriman.
(Quran ; Surah Al-Anfal : ayat 55)

(Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengambil perjanjian daripada mereka, sesudah itu mereka mengkhianati perjanjian itu pada tiap-tiap kali, dan mereka tidak takut akibat-akibatnya.
(Quran ; Surah Al-Anfal : ayat 56)

Isu TPPA :
-Allah sudah melarang keras. Terserah kepada kalian samada mahu patuh kepada perintahNya atau engkar kepada perintahNya. Kalian yang mencorakkan nasib negara kita. Tetapi ingat. Nasib kalian pada hari Akhirat ditentukan sepenuhnya oleh Allah, bergantung kepada taat atau tidak kalian kepada perintahNya di dunia.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan kamu sendiri (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredhaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara sulit, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang lurus.
(Quran ; Surah Al-Mumtahanah : ayat 1)

Jika mereka berjaya menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).
(Quran ; Surah Al-Mumtahanah : ayat 2)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.
(Quran ; Surah Al-Mumtahanah : ayat 13)

Janganlah sekali-kali kamu terpedaya dengan kegiatan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 196)

Itu hanyalah kesenangan yang sementara, kemudian tempat kembali mereka Neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 197)

Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat tinggal (anugerah) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 198)

Isu Hukum Hudud :
-Siapa lagi yang lebih Maha Mengetahui soal undang-undang yang diperuntukkan khas untuk manusia kalau bukan Pencipta manusia itu sendiri?

Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah (kerana benci dan ingkar kepada hukum Allah), maka mereka itu adalah orang yang kafir.
(Quran ; Surah Al-Maidah : ayat 44)

Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah (kerana menuruti hawa nafsu), maka mereka itu adalah orang yang zalim.
(Quran ; Surah Al-Maidah : ayat 45)

Barangsiapa yang tidak menghukum sesuatu perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang yang fasik.
(Quran ; Surah Al-Maidah : ayat 47)

Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki? Padahal bagi orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.
(Quran ; Surah Al-Maidah : ayat 50)

Isu Bauksit :
-Kalian hanya menumpang di bumi Allah. Mengapa masih berani mahu merosakkannya?

Telah jelas kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia. Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Quran ; Surah Al-Rum : ayat 41)

Isu G25 :
-Allah menunjukkan ayat-ayat ini kepada diri tentang pencabar hukumNya. Hati-hati apabila Tuhanmu sudah mencela.

Tidakkah engkau perhatikan orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekufuran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?
(Quran ; Surah Ibrahim : ayat 28)

Iaitu Neraka Jahannam, mereka masuk ke dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.
(Quran ; Surah Ibrahim : ayat 29)

Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah supaya mereka menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah : "Bersenang-lenanglah kamu kerana sesungguhnya tempat kembali kamu ialah neraka."
(Quran ; Surah Ibrahim : ayat 30)

Dan janganlah kamu sekali-kali mengira, bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai ke hari yang pada waktu itu mata mereka terbeliak ketakutan.
(Quran ; Surah Ibrahim : ayat 42)

Isu kecurian kredit syarikat telekomunikasi  :

-Syarikat Telco berkenaan menolak kredit pengguna secara tiba-tiba tanpa alasan yang munasabah. Sistem syarikat yang tidak telus telah menipu ramai pengguna. Pengguna dirompak secara terang-terangan dan terlalu ramai mangsa yang tidak terbela nasibnya. Di manakah keadilan?

Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (di akhirat kelak).
(Quran ; Surah Al-Isra' : ayat 35)

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (menipu dalam timbangan dan sukatan).
(Quran ; Surah Al-Mutaffifin ; ayat 1)

Isu pengguguran haram, pembuangan dan pembunuhan bayi luar nikah :

-Pembunuhan bayi perempuan pada zaman Jahiliah sebenarnya sedang berlaku di negara kita. Bezanya, pembunuhan bayi di negara kita melibatkan kedua-dua bayi lelaki dan perempuan, lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan.
-Perlu tadabbur dengan ayat di bawah :
# Anak perempuan : Anak luar nikah
# Beroleh anak perempuan : Mengandung
# Menanam bayi hidup-hidup dalam tanah : Menggugurkan kandungan, membuang atau membunuh anak luar nikah tersebut

Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia akan beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya di dalam hati.
(Quran ; An-Nahl : ayat 58)

Dia bersembunyi daripada orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya itu (sambil berfikir), adakah dia akan memelihara anak itu dengan menanggung kehinaan atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat keputusan mereka itu.
(Quran ; An-Nahl : ayat 59)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail