Saturday, January 30, 2016

Allah Perintahkan Jihad Fisabilillah Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Apa sudah jadi dengan Malaysia? Jalan hidup yang bagaimanakah sebenarnya yang kalian inginkan? Jauh sekali kalian dengan Allah sehingga kalian sudah tidak tahu membezakan yang mana satu dosa, yang mana satu pahala. Syaitan mengindahkan dunia di mata kalian sehingga jalan ke Neraka terasa indah bagaikan di Syurga. Malaysia sudah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Terlalu banyak pendosa yang lupa mereka bakal kembali kepada Tuhan. Sedarlah kalian, Malaysia sudah berada di ambang kehancuran. Buka mata, lihat generasi muda di negara kita. Banyak di antara kalian yang menjadikan laman-laman sosial ibarat taman-taman Neraka. Gigihnya Syaitan memperelokkan dunia di mata kalian sehingga kalian lalai sebegitu rupa.

Allah sudah menurunkan perintah Jihad Fisabilillah di Malaysia dan mewajibkan kita semua berjuang menegakkan agamaNya. Tempoh hari diri mendengar ceramah di radio Ikim FM dan amat penting untuk diri kongsikan di sini.

Allah membahagikan kita semua kepada 3 golongan :
# Golongan yang berjihad di jalan Allah (menegakkan amar makruf, nahi mungkar)
# Golongan yang mendustakan, engkar
# Golongan yang berdiam diri walaupun tahu kebenaran

Golongan pertama dan kedua Allah sebut di dalam Al-Quran. Tetapi tidak bagi golongan ketiga. Menjadi simbol kehinaan apabila Allah tidak menyebut kesudahan orang yang tidak mencegah di dalam Al-Quran. Hati-hati apabila Allah sudah menghina.

Allah sudah tahu natijah yang bakal diterima oleh penegak kalimahNya. Allah cuma mahu melihat usaha kita sahaja. Apa benarkah pengakuan kita sebagai hambaNya. Juga Allah ingin bukti kukuh perlakuan orang yang engkar dan mendustakanNya

Kamu diwajibkan berperang (berjihad) sedang berperang (berjihad) itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk untuk kamu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 216)

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung.
(Quran ; Surah Ali-Imran : ayat 104)

Maka sepatutnya di antara umat yang telah dibinasakan dahulu, ada orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari (mengerjakan) perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik-beratkan segala nikmat kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.
(Quran ; Surah Hud : ayat 116)

Allah, para Malaikat, dan Rasulullah SAW sentiasa bersama kita semua. Diri pernah didatangi Baginda Rasulullah SAW di antara mimpi dan jaga, dan diri amat yakin Baginda SAW sentiasa mengikuti perkembangan kita. Baginda SAW pasti mahu melihat seluruh umat Islam di Malaysia bersatu. Diingatkan, senjata kita adalah Al-Quran dan musuh utama kita adalah Syaitan. 

Wahai manusia! Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (Syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.
(Quran ; Surah Faatir : ayat 5)

Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana Syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.
(Quran ; Surah Faatir : ayat 6)

Ketahuilah, beberapa kali Syaitan cuba menggagalkan usaha diri untuk menyiapkan blog ini dan Alhamdulillah Allah sentiasa melindungi, dihantarNya para Malaikat untuk memerangi. Turut bersama diri, penegak-penegak agama Allah yang turut sama membantu dalam menyebarkan peringatan-peringatanNya. Salah seorang daripada mereka juga turut diganggu Syaitan laknatullah pada waktu yang sama dengan diri. Berita tentang Jihad Fisabilillah ini telah sampai kepada puak-puak Syaitan dan percayalah, mereka tidak akan duduk diam begitu sahaja. Syaitan sudah terlalu lama bermaharajalela di negara kita. Kebanyakan kalian sudah begitu lalai dengan dunia. Sanggupkah kalian membiarkan puak Syaitan itu semakin berleluasa, sekaligus menarik sebanyak yang mungkin saudara seagama kita ke Neraka?

Dan ketika Syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan buruk mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada seorang pun manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing melihat (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat keras azab seksaNya".
(Quran ; Surah Al-Anfal : ayat 48)

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi.
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 5)

Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik.
(Quran ; Surah Al-Ankabut : 69)

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(Quran ; Surah As-Saf : ayat 4)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail