Tuesday, January 12, 2016

Ancaman Allah Kepada Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Kebanyakan kalian hidup seolah-olah Malaysia milik mutlak kalian dan seperti kalianlah pewaris kekal negara ini. Allah mendedahkan kepada diri yang kepimpinan negara kalian hiasi dengan Mudahanah. Kalian mengorbankan agama untuk urusan dunia. Apabila agama dipermainkan, sudah pasti mengundang kemurkaan Pencipta.

Sekiranya negara diancam oleh kerajaan negara lain, sudah pasti pelbagai persediaan bakal dilakukan, segala aset negara akan dikerahkan untuk melindungi negara tercinta. Tetapi bagaimana pula apabila ancaman itu datang dari Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi, Penguasa seluruh alam, Pemilik sebenar tanah yang sedang kalian duduki sekarang?

Sebilangan kalian juga seperti menanti-nanti kedatangan bencana (azab) Allah lantas mendapat perlian dariNya. Persediaan kalian lakukan dengan penuh teliti. Peringatan Allah kalian tolak ke tepi. Sedangkan yang paling utama adalah mengajak manusia kembali bertaqwa, rujuk semula kepada Allah seraya meredakan kemurkaanNya. Bukannya sibuk mengutamakan urusan dunia.

(Apakah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) Mereka tidak menunggu melainkan kedatangan Malaikat (yang akan mencabut nyawa mereka), atau kedatangan azab Tuhanmu (yang akan membinasakan mereka). Demikianlah juga yang dilakukan oleh orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka (lalu dibinasakan); dan (sebenarnya) Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(Quran ; Surah An-Nahl : ayat 33)

Allah telah mengkhabarkan kepada diri ini bahawa Dia mendatangkan azab di Mekah beberapa bulan yang lepas kerana penduduknya yang lalai dan banjir besar yang telah melanda negeri Kelantan hanyalah amaranNya sahaja. Amaran sahaja sudah begitu rupa, bagaimanakah pula dengan azabNya? Azab Allah adalah sesuatu yang tidak dijangka, waktunya sudah ditetapkan di Lauh Mahfuz. Kenang kembali kejadian Tsunami yang pernah berlaku di Acheh. Malaysia semakin teruk pada pandangan Allah. Berkali-kali Allah menegur Malaysia menerusi bencana yang menimpa negara kita. Allah takkan teragak-agak untuk menimpakan kepada kita bencana seperti keadaan kaum-kaum terdahulu, padahal Allah tidak mahu berbuat zalim kepada hamba-hambaNya, sedang kitalah yang menzalimi diri kita sendiri.

Sesungguhnya semua itu adalah sebagai peringatan bagi sesiapa yang mempunyai hati.
(Quran ; Surah Qaf : ayat 37)

Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Dia mengutus seorang Rasul di ibu negeri itu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya melakukan kezaliman.
(Quran ; Surah Al-Qasas : ayat 59)

Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh, Aad, Thamud, kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya lalu Tuhan membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(Quran ; Surah At-Tawbah : ayat 70)

Dan berapa banyak kota yang Aku tangguhkan (azabKu) kepadanya, sedang penduduknya berlaku zalim; kemudian Aku azab mereka; dan (ingatlah) kepada Akulah tempat kembalinya segala sesuatu.
(Quran ; Surah Al-Haj : ayat 48)

Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan yang nyata, tetapi mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang berbuat dosa.
(Quran ; Surah Yunus : ayat 13)

Maka orang yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu, bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut) : Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 45)

Dan mereka meminta kepadamu agar segera diturunkan azab. Kalau bukan kerana waktu yang telah ditetapkan, nescaya datang azab itu kepada mereka dan (azab itu) pasti akan datang kepada mereka secara tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedarinya.
(Quran ; Surah Al-Ankabut : ayat 53)

Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya dan kelak kamu akan mengetahuinya.
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 67)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail