Friday, January 15, 2016

Kesilapan Terbesar Umat Islam Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau mengadili manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu, dan janganlah engkau menjadi pembela orang-orang yang khianat.
(Quran ; Surah Al-Nisa : ayat 105)

Allah tidak segan untuk berterus-terang dalam menegur dan menunjukkan kesalahan hamba-hambaNya. Berkali-kali disuruhNya diri untuk menegur orang-orang tertentu yang mana diri langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang teguran tersebut, hanya menurut perintahNya sahaja. Seperti biasa, ditegurNya melalui ayat-ayat Al-Quran.

Berbeza-beza penerimaan yang diterima. Ada yang bersyukur ditegur secara langsung oleh Allah lantas membuat pembaikan dan penambahbaikan. Ada yang mengabaikan teguran tersebut. Ada yang memberontak, pantang ditegur. Ada yang menganggap tidak mungkin Allah murka kepadanya kerana dia sentiasa beribadat. Ada yang degil dengan ayat-ayat Al-Quran yang diberi hanya mereka tidak dapat menghayatinya. Ada yang gemar memanipulasi kebenaran. Ada yang bercakap di belakang, menabur fitnah, dan mengira diri tidak tahu, padahal sudah didedahkan Allah tentang perbuatan mereka. Terserah. Kerana yang menegur itu adalah Allah. Diri hanya menyampaikannya sahaja.

Sebelum diri terlupa, ingin diri sampaikan pesan Allah kepada Munafik yang sedang membaca halaman ini. Sebelum ini sudah Allah dedahkan siapakah Munafik yang berada di sekeliling diri dan tipu daya yang mereka lakukan. Terbaru, Allah mengkhabarkan rupanya banyak lagi Munafik Melayu di luar sana yang tidak diri kenali tetapi Allah lah yang Maha Mengetahui. Tidak usah kalian berpura-pura. Allah Maha Mengetahui segala perbuatan buruk yang sudah dan sedang kamu lakukan dan mengkhabarkan tempat tinggal kamu adalah selama-lamanya di dalam Neraka.

Diri mula sedar perbezaan ketara di antara apa yang paling diutamakan oleh Allah dengan apa yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam di negara kita. Begitu jelas corak teguranNya.

Sebagai contoh, setelah berbulan-bulan diri tidak sengaja melakukan ibadah solat sunat selepas menunaikan solat fardhu subuh kerana kekeliruan menyangka jika masuk waktu syuruk barulah diharamkan untuk solat, barulah ditunjuk kesalahan tersebut oleh Allah. Diri bertanya kepadaNya, "Mengapa Allah lambat tunjukkan kesalahan tersebut, diri tidak mahu melakukan apa-apa yang mengundang kemurkaan Allah." Lantas dijawabNya, "Aku tidak murka. Jika tidak sengaja, itu bukan satu dosa."


Rasulullah SAW bersabda :
" Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku ini ketidaksengajaan, kelupaan, dan apa yang dipaksakan kepada mereka. " 

(Hadits Shahih, HR Ibnu Majah)

Tetapi untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan akhlak, cepat sekali Allah menunjukkan kesalahan mereka. DitunjukkanNya ayat yang mempunyai perkataan kezaliman. Diri mula sedar rupanya kebanyakan umat Islam di negara kita telah melakukan kesilapan terbesar dalam agama yang jika tidak dibetulkan, pasti ianya akan terus berkekalan.

Jika kalian perhatikan dengan teliti, pertanyaan-pertanyaan yang kerap diajukan kepada penceramah agama  tanah air kurang memberi penekanan tentang hal tersebut. Sedangkan yang paling ditekankan Allah (selain dosa-dosa besar) adalah soal hubungan sesama manusia (ikatan silaturrahim) dan apa yang ada di dalam hati kalian. Kebanyakan kalian memandang remeh dua perkara ini sedangkan Allah memandang serius perkara tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail