Tuesday, January 12, 2016

Malaysia, Tuhanmu Murka Part 3

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Sejak Allah menyingkapkan rahsiaNya melalui Tajalli kepada diri, diri nampak mengapa Allah begitu murka dengan kebanyakan kalian, wahai rakyat Malaysia. Kalian mendustakan nikmat yang diberi oleh Allah malah ada yang kufur dengan nikmat yang diberi. Diri menggunakan perkataan singkap kerana rahsia Allah yang meliputi seluruh alam adalah terlalu besar dan apa yang ditunjukkanNya kepada diri ini hanyalah sebahagian kecil sahaja. 

Dunia termasuk dalam pentadbiran Allah. Di dalam dunia pula ada pecahan-pecahannya. Antaranya dunia teknologi, dunia perniagaan, dunia hiburan, dunia penulisan, dunia politik, dunia penyiaran, dunia pendidikan, dan dunia guaman. Tiada satu pun yang terlepas dari pentadbiran dan pemerhatianNya. Tidak terhitung nikmat yang Allah beri. Sayangnya kebanyakan kalian mendustakan nikmatNya malah kalian hiasi pula dengan bunga-bunga maksiat kerana terlalu cintakan dunia. Mudahnya kalian diperdaya Syaitan durjana.

Apa kalian fikir Allah hanya mencipta otak dan menganugerahkan akal untuk kalian berfikir, kemudian Dia biarkan kalian begitu sahaja? Apa kalian fikir segala ciptaan atau hasil karya kalian di dunia itu kerana kalian yang mengerahkan otak untuk mengeluarkan idea? Apa kalian yakin istilah nasib baik itu ada? Tahukah kalian yang kita semua ibarat 'lembu punya susu, sapi dapat nama'? Masih kalian ingkar kepadaNya.

Allah berkali-kali menekankan supaya kita semua menghayati Surah Ar-Rahman dengan sebenar-benar penghayatan. 

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
(Quran; Surah Ar-Rahman : diulang 31 kali oleh Allah)

Jangan kalian fikir tugas Tuhan itu hanyalah memberi rezeki, mencipta alam, malaikat, jin, dan manusia, menghidupkan dan mematikan sahaja. Tetapi Tuhanlah yang mentadbir segala urusan kalian dari sebesar-besar hingga ke sekecil-kecil perkara. Telah Allah nyatakan di dalam Ayat Kursi, baris pertama ;

1. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluknya)
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 255)

Paling tercela, kalian angkuh dengan nikmatNya. Abu Abdullah rahimahullahu ta'ala pernah ditanya, "Mengapa agaknya kita semua sangat gemarkan pujian dan sanjungan orang sekeliling?" Lalu dia menjawab, "Kerana terlupakan kurniaan Allah kepada kamu, dan kebaikan inayahNya terhadap kamu. Jadi siapa yang melupakan kurnia dan mengingkari nikmat, bertukarlah baginya segala nikmat itu menjadi niqmat (iaitu kecelakaan)."

Dan sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur.
(Quran ; Surah Saba' : ayat 13)

Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka dan silakan mereka (hidup) bersenang-senang (dalam kekafiran). Maka kelak mereka akan mengetahui (akibat buruk apa yang mereka lakukan).
(Quran ; Surah Al-Ankabut : ayat 66)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatku, maka sesungguhnya azabKu amatlah keras."
(Quran ; Surah Ibrahim : ayat 7)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail