Sunday, January 10, 2016

Negara Islamkah Kita?

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Agama Islam tidak pernah menyeru kepada kezaliman. Yang zalim itu adalah manusia, bukannya Islam. Rakyat menyedari penindasan dan kezaliman yang sedang berlaku di negara ini. Ketahuilah, Tuhan tidak pernah alpa dengan mereka. Malaysia semakin teruk pada pandangan Allah. Paling teruk, negara Islam yang seharusnya memberi contoh Islam yang baik, tidak memainkan peranan yang sepatutnya, malah memburukkan lagi nama Islam di mata dunia. Hukum dan peraturan-peraturan Allah ditolak langsung ke tepi kerana mengutamakan peraturan dunia, ciptaan manusia yang tarafnya hanyalah hamba, makhluk ciptaan Pencipta. Paling terkutuk, perbuatan itu bukan sahaja menghina agama, malah menghina keagungan Tuhan yang Esa. Diingatkan, teguran ini adalah teguran langsung dari Allah. Diri hanya menyampaikanNya sahaja.

Hadirnya pemimpin yang zalim di setiap negeri adalah dengan kehendak Allah. Allah yang menempatkan mereka di setiap negeri atau negara untuk menguji pemimpin-pemimpin tersebut dan melihat tipu daya apakah yang akan mereka lakukan.

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri pembesar-pembesar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal mereka hanya memperdayakan diri mereka sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. 
(Quran ; Surah Al-An'am : ayat 123)

Allah takkan menetapkan sesuatu perkara dengan sia-sia. Allah menghadirkan pemimpin-pemimpin yang zalim itu bukan sahaja untuk menguji mereka semata-mata, malah Allah ingin menguji kita semua, tiada yang terkecuali dari pemerhatianNya. Bagaimanakah penerimaan kita, bagaimanakah cara rakyat bertindak, adakah kita berprasangka, adakah kita menyebarkan fitnah, adakah kita zalim kepada yang lain, adakah kita mengumpat, adakah mereka akan bertaubat dan kembali semula kepada Allah, semua itu akan diambil kira dan dicatat oleh Malaikat dengan penuh teliti di dalam Kitab Amalan setiap dari kita.

Berkenaan pemimpin negara Malaysia, sudah pun Allah catatkan di dalam Al-Quran. Diri akan menyertakan bukti kukuh yang sudah ditunjuk oleh Tuhan. Ini bukanlah membuka aib kerana Allah sendiri yang memerintahkan diri supaya memaparkan ayat-ayat ini. Diingatkan, kalian tidak ada hak untuk menghakimi beliau kerana hak untuk menghakimi itu hanya ada pada Allah. Jika beliau bertaubat dengan sebenar-benar taubat, mungkin sahaja beliau lebih dipandang mulia oleh Allah berbanding kita semua. Ada manusia yang masuk Syurga kerana dosanya (setelah bertaubat dan rujuk semula kepada Allah). Ada manusia yang masuk Neraka kerana megah dengan amalannya. Allah melarang keras kita memandang rendah kepada orang lain.

Perdana Menteri kita dilahirkan pada 23 Julai (bulan 7). Buka Al-Quran, rujuk Surah 23 (Surah Al-Mu'minun), ayat 7. Di sini diri sertakan ayat 1 hingga 7 supaya kalian lebih jelas dengan apa yang Allah ingin sampaikan.

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
(Quran ; Surah Al-Mu'minun : ayat 1)

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya,
(Quran ; Surah Al-Mu'minun : ayat 2)

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
(Quran ; Surah Al-Mu'minun : ayat 3)

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya;
(Quran ; Surah Al-Mu'minun : ayat 4)

Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
(Quran ; Surah Al-Mu'minun : ayat 5)

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:-
(Quran ; Surah Al-Mu'minun : ayat 6)

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
(Quran ; Surah Al-Mu'minun : ayat 7)

Bagi diri, amat beruntung sesiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah tentang dirinya atau orang-orang sekelilingnya di dalam Al-Quran. Tetapi walau apa pun, tetap bergantung kepada penerimaan orang tersebut. Itu antara dia dan Tuhannya. Janganlah pula selepas ini kalian semua cepat-cepat melihat tarikh lahir kalian di dalam Al-Quran. Al-Quran bukan kitab ramalan. Al-Quran adalah penerangan dari Tuhan sekalian alam.

Allah menganugerahkan Al-Hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi Al-Hikmah itu, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal yang dapat mengambil pelajaran.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 269)

Kalian juga tidak terlepas dari teguranNya. Lihat sendiri sikap dan mentaliti umat Islam di negara kita dan kalian nilailah sendiri. Sungguh diri kecewa melihat sebahagian umat Islam di negara kita berpecah-belah dan tidak bersatu hati. Besarnya pengaruh politik sehingga kalian buta begitu sekali.

Apa kalian fikir Allah senang melihat kalian bermasam muka di antara satu sama lain?
Apa kalian fikir Allah menyenangi tindakan kalian menggunakan agama demi kepentingan duniawi?

Tak usah kalian mengaburi pandangan manusia yang kalian cuma mahu mempertahankan agama Allah jika masih kalian berhasad dengki, masih kalian cerewet bab rezeki, rumah Allah pun kalian tak sudi menjejakkan kaki, rokok dan vape kalian jadikan sebagai pujaan hati, berjam-jam kalian melepak di kedai kopi, kalian seronok berbicara tentang hal-hal duniawi, tidak kalian berzuhud dan merendah diri, harta dan pengaruh kalian pandang tinggi, mulut tidak boleh lepas dari mencarut kata-kata keji.

Selagi hati tidak dijaga, selagi itu kalian berdusta. 

Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaiki hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
(Quran ; Surah Al-Hujurat : ayat 10)

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 8)

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 9)

Dalam hati mereka terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Quran ; Surah Al-Baqarah : ayat 10)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail