Saturday, February 27, 2016

Fitnah Ustaz Don Daniyal

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(Semoga keselamatan, keberkahan, dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai kalian..)

Dengan yakin dan lantangnya mereka menfitnah ustaz tersebut dan menuduhnya yang bukan-bukan. Percakapan mereka yang diselangi dengan ayat yang mengandungi kalimah Allah itu seolah-olah rahsia Allah berada di dalam genggaman mereka.

.... Allah SWT. berfirman ;
"Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
H.R Termizi

Sumpah Allah sedang berjalan. Sekarang segelintir agamawan negara kita berbeza-beza pendapat dan pandangan tentang Bani Tamim. Ada yang difitnah. Berlaku percanggahan kerana apa yang dipersoalkan itu tiada di dalam hafalan mereka. Allah tiadakan hadith sahih tentang hal tersebut. Hal begitu pun ada yang menuduh sebegitu rupa, apatah lagi setelah kami dedahkan fitnah Dajjal, fitnah terbesar yang pernah wujud di muka bumi ini, agaknya bagaimana pula reaksi mereka.

Bertaubat sebelum terlambat.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail